| PROFAIL KAMI |
|
|
|
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Syarikat AZIEMART ENTERPRISE ditubuhkan pada bagi memformulasi, mengedarkan dan memasarkan produk-produk kecantikan dan kesihatan. Syarikat ini diuruskan oleh Puan Azimah Binti Husin. Pada masa ini, syarikat ini menjalankan operasinya di 101, Jalan Pantai, Kampung Seri Pantai, 86800 Mersing, Johor, Malaysia. Syarikat turut dibantu oleh agen pemasaran di tiga buah daerah iaitu di Daerah Mersing, Rompin dan Pekan.. OBJEKTIFMembantu pengguna mencapai tahap terbaik dari segi kesihatan dan kecantikan disamping meningkatkan kemajuan ekonomi bumiputera dalam bidang perniagaan. MATLAMATMencapai sasaran jualan produk sekurang-kurangnya sebanyak 30,000 kotak sebulan dalam tempoh 2 tahun setelah ia ditubuhkan. Sasaran jualan ini akan ditingkatkan sehingga melebihi 100,000 kotak sebulan dalam tempoh 5 tahun. Syarikat ini juga mensasarkan untuk memperkenalkan satu produk baru setiap tahun. MISIMenjalankan aktiviti promosi dan pemasaran secara terancang disamping pengurusan syarikat yang efisien bagi memastikan aliran produk sentiasa bergerak lancar disemua peringkat dalam menjana keuntungan syarikat. Mewujudkan ‘win win situation’ bagi semua pihak yang terlibat iaitu syarikat, pengguna, stokis dan pengedar dalam memasarkan produk syarikat. Memastikan kualiti produk yang dikeluarkan sentiasa berada ditahap terbaik untuk dipasarkan. VISIMenjadi salah satu jenama yang terkenal dalam bidang produk kecantikan dan kesihatan keluaran tempatan, serta mempunyai kepelbagaian produk untuk dipilih oleh pengguna disegenap lapisan umur dan masyarakat.
|





